Wednesday, November 14, 2012

LAWATAN-LAWATAN YANG SUDAH DILAKSANAKAN ANJURAN MPK LIMAU MANIS

1.  Gua Niah kali pertama - tahun 2009 seramai 26 orang.

2.  Pulau Selirong - tahun 2009 seramai 33 orang, mengunakan 2 buah boat Jabatan Daerah Brunei dan Muara.

3.  Gua Niah kali kedua - tahun 2009 seramai 108 orang (sebuah bas 45 seater dan 15 buah kenderaan biasa).

4.  Pontianak Kalimantan Barat kali pertama - tahun 2009 seramai 41 orang.

5.  Gua Niah kali ketiga - tahun 2010 seramai 36 orang.

6.  Gua Niah kali ke empat -tahun 2010 seramai 29 orang.

7.  Pontianak Kalimantan Barat kali kedua - tahun 2010 seramai 39 orang.

8. Gua Niah kali ke Lima - tahun 2011.

9.  Pontianak Kalimantan Barat kali ketiga - tahun 2011 seramai 41 orang.

10.  Papar Sabah lawatan Gaharu - tahun 2011.

11. Pontianak Kalimantan Barat kali ke empat - tahun 2012 (2 buah Bas 45 seater, seramai 74 orang).
 
Sudah sampai dibandar Pontianak salah seorang penduduk kampong Limau Manis turun dari bas dengan perasaan gembira setelah melalui perjalanan sejauh 1250 kilometer (dari Brunei ke Pontianak).

Singgah diperjalanan membeli dan makan Durian
 
 
Di Papar Sabah East Malaysia

Di Pekan Nabawan selepas dari Keningau

Dari Keningau ke Tawau

Di Papar Sabah

Perjalanan ke Tawau Sabah
 
 
Dalam Bas, perjalanan ke Pontianak Kalimantan Barat

Young Ladies walking to Indonesian Check Point very early morning (06.36hrs) after
very long journey

Approaching the Indonesian Check Point (border)

Peserta lawatan shopping berabis di Kota Pontianak 
 
Alhamdulillah selesai makan
 
 
 
 
 
 
 
 

Friday, November 9, 2012

SENARAI PESERTA LADANG PADI BUNGA CAWAN LIMAU MANIS

Penaung 1, Yang Berhormat Ahli Mesyuarat Negara Zone 4

Penaung 2, Penghulu Mukim Pengkalan Batu

1.  Hj Mohammad Ali bin Bakar (Penasihat MPK Limau Manis)

2.  Hj Mohimin Hj Johari @Jahari (Pengerusi Ladang)

3.  Nordin bin Mahmud (Setiausaha MPK)

4.  Hj Junit bin Napiah (Ketua Ladang).

5.  Md Nornieshahrul Yusree bin Hj Junit (Setiausaha Ladang)

6.  Marneh bin Hj Majid

7.  Tasim bin Hj Malok

8.  Mahmud bin Siput

9. Denie bin Talib (Belia)

10.  Masni binti Talib

11.  Jakin bin Talib

12.  Yunus bin Hj Ibrahim

13.  Hj Roslan bin Hj Yakub

14.  Hj Adam bin Hj Timbang

15.  Hj Tahir bin Hj Tarif

16.  Lamudin bin Safar (teknikal Ladang)

17.  Hj Bujang bin Hj Daud

18.  Mahat bin Hj Berahim


Peserta Kursus Awg Lamudin bin Sapar menerima sijil daripada Tetamu Kehornat Pg Hjh Mariam binti Pg Hj Omar
Peserta Kursus be gambar ramai diluar Bangunan Jabatan Pertanian dan Agri Makanan
di Projek Padi Wasan  

Peserta kursus sedang tekun mendengar penerangan yang disampaikan oleh tenaga pengajar.
 



TIPS

1.  Petua kepada ibu-ibu mengandung, banyakkan meminum air kelapa muda supaya anak apabila lahir mempunyai kulit yang agak putih, mulai kandungan 6 bulan ke atas, sila mencuba.

2.  Petua orang tua-tua Brunei ambil Akar Arat Nawali (ada yang menyebut Ratnawali) dirujuk kepada orang tua-tua Arat Nawali adalah lebih tepat kerana perkataan Arat itu ialah Tali Pinggang dan mungkin Nawali adalah seseorang yang telah menemukan kegunaan akar tersebut. Sukatlah akar tersebut mengikut panjang lilitan pinggang kita, kemudian dikerat sedikit-sedikit 2-3 kali seminggu untok direndam didalam air selama 1 jam dan kemudian di minum (2-3 kali seminggu), amalkan sehingga akar Arat Nawali yang panjang selilitan pinggang kita itu habis. Insya Allah pinggang kita akan kuat dan tubuh sihat inda berpenyakitan. Akar ini banyak dan mudah didapati dikawasan bukit, di Limau Manis dan Kuala Lurah banyak terdapat di Bukit Basungan (k. Lurah) dan Bukit Bandung (L. Manis). Rasa air akar ini sangat pahit. Selamat mencuba.

3.  Petua orang tua-tua Brunei - ambil Pucuk Daun Kulimpapa dijadikan ulam sebagai ubat lelah (bahasa Brunei Lalah) bagi mereka yang banyak membuat kerja berat.

4.  Daun Latup-latupan ubat bagi pengidap banyak darah putih, caranya makan buahnya amalkan sekurangnya 7 biji sehari, daunnya dijadikan air masak sekitar 10 grem (masukan air 3 gelas direbus jadikan 1 gelas diminum 2 kali seminggu), selamat mencuba.

Buah Sungsum sejenis buah hutan, pohonnya sepeti Pohon Salak tetapi berbeza daunnya (daun sungsum lebih panjang dan dahan daunnya dibuat Joran untok pancing.)


Wednesday, November 7, 2012

Jadual semasa

Hari ini 08. 11. 2012 Penghakiman AKC bagi Majlis Perundingan Kampong Limau Manis.
kami akan membuat presentation secara video collection  dan gambar-gambar (aktibiti kampong).
2 unit Video Documentary yang dibuat oleh RTB dan Video-Video yang kami rakam sendiri sepanjang aktibiti yang dijalankan.

1.53 pm penghakiman Majlis Perundingan Kampong Limau Manis bagi Anugerah Kampong Cemerlang bermula. Alhamdulillah 11 orang AJK MPK Limau Manis dan 16 orang penduduk kampong hadir, turut hadir 2 orang wakil Belia (Belia yang dibentuk untok penternakkan kambing).

01-12-2012 (Sabtu) kursus Teknologi Tanaman Padi bagi Peserta Projek Tanaman Padi Majlis Perundingan kampong Limau Manis Tapak Bunga Cawan. Peserta Kursus seramai 22 orang. Kursus akan dikendalikan oleh Jabatan Pertanian dan Agri Makanan.

Penyampai kursus akan dibuat oleh Tuan Hj Yakub Bin Hj Othman Ketua Ladang Projek Tanaman Padi Mukim Pengkalan Batu. Sesi kursus akan bermula jam 8.30 pagi.

08-12-2012, (Sabtu) kursus Teknologi Tanaman Padi bagi Peserta Projek Tanaman Padi Majlis Perundingan kampong Limau Manis Tapak Bunga Cawan. Peserta Kursus seramai 22 orang. Kursus akan dikendalikan oleh Jabatan Pertanian dan Agri Makanan.

Penyampai kursus akan dibuat oleh Tuan Hj Yakub Bin Hj Othman Ketua Ladang Projek Tanaman Padi Mukim Pengkalan Batu dan 2 orang Pegawai Pertanian. Sesi kursus akan bermula jam 8.30 pagi.

08-12-2012, (Sabtu malam Ahad), Malam persembahan Mukim Pengkalan Batu sempena Pesta Buah-Buahan dan 1 kKmpong 1 Produk Senegara Anjuran Jabatan Daerah Brunei dan Muara bersama Majlis Perundingan Mukim dan kampong Daerah Brunei dan Muara. 

Terkini esuk 15-12-2012 Sabtu jam 8.15 pagi kursus peserta Ladang Padi Bunga Cawan diteruskan bagi minggu ke 3. Semua peserta ladang dipohonkan akan dapat hadir pada tempat dan waktu seperti biasa yang telah ditetapkan.

Monday, November 5, 2012

1. Aktibiti tahunan AJK MPK Limau Manis Qiamullail 10 malam terakhir bulan Ramadhan dimasjid  Limau Manis dengan kerjasama Takmir Masjid Limau Manis. Penyertaan dialu-alukan.

2. Lawatan-lawatan yang dikendalikan oleh AJK MPK Limau Manis dan Kampong Kuala Lurah.

3. Sukan ria kampong akan diadakan insya Allah pada bulan Februari 2013 Sempena Hari Kebangsaan. 

4. Pesta Makanan main event Kelupis besar akan insya Allah diadakan bulan March 2013. 

Pengusaha Padi

Pengusaha padi (penduduk Kampong Limau Manis) di Projek Kemesyarakatan Majlis Perundingan Mukim Pengkalan Batu.

1. Hj. Mohammad Ali bin Bakar.
2. Hj. Yakub bin Hj. Othman.
3. Hj. Roslan bin Hj. Yakub.
4. Hj. Junit bin Napiah.
5. Dyg Masni binti Talib.
6. Denie bin Talib.
7. Abu Samah bin Talib.
8. Hj Bujang bin Hj Daud.

2 orang Pengusaha Ladang Padi penduduk Kuala Lurah dan Wasan (Projek Tanaman Padi Mukim Pengkalan Batu)

Meradu Tanah Ladang Padi
Transplanting Padi Laila (pengusaha penduduk kampong Limau Manis), Projek Kemesyarakatan Mukim Pengkalan Batu

Bergambar ramai Ahli Ladang Lelaki Padi Mukim Pengkalan Batu bersama Yang Berhormat Menteri MIPR, semasa Majlis Kesyukuran selesai menuai Padi

Bergambar ramai Ahli Ladang Padi Wanita bersama Yang Berhormat Menteri MIPR, semasa Majlis Kesyukuran selesai menuai Padi
 

 


Video Pemburu Pelanduk

http://www.youtube.com/watch?v=K9E0roJRrYI

Orang-orang yang terlibat dalam Pemburu Pelanduk ini ialah Ketua Kampong Limau Manis, AJK MPK Limau Manis dan penduduk Kampong Limau Manis dan Kuala Lurah.

1.  Ketua kampong.

2.  Tassim Hj Malok (ketua Pemburu).

3.  Tuah Petra (kampong Kuala Lurah).

4.  Hj Mohd Nazmi Hj Mohd Daud (kampong Kuala Lurah).

5.  Hj Fauzi Hj Abd Ghafar (Limau Manis)

6.  Boy (kampong Kuala Lurah).  

Friday, November 2, 2012

AKTIBITI MPK

 
 
Belia dan penduduk kampong Limau Manis/Kuala Lurah berjalan melalui jalan hutan menuju ke Gua Niah lawatan yang dikendalikan oleh MPK Limau Manis
 

Pengusaha jualan Kerbau

1. Yakub Hj Merali.
Penjualan Kerbau Hakikah dan korban dan untuk Perkahwinan.
hubungi h/p : +6738827058.
sedia menerima pesanan insya Allah.

2.  Morneh Hj. Majid.
Penjualan kerbau Hakikah dan Korban dan untuk Perkahwinan.
hubungi h/p : +6738601191.
sedia menerima pesanan insya Allah.


AKTIBITI EKONOMI

Bil.
Jenis perekonomian / aktibiti /
Jumlah
1.
Tanaman Padi (peserta Projek kemesyarakatan Ladang Padi Wasan).
12 orang
2.
Tanaman Padi (peserta persatuan bekas perajurit)
4 orang
3.
Ternakkan kerbau (AJK halaman Kerbau ditubuhkan pada tahun 2006). Halaman kerbau utama seluas melebihi 150 ekar. Terdapat beberapa kandang kerbau persendirian.
21 orang
4.
Penyembelihan kerbau
4
5.
Pengusaha restoran
2
6.
Pengusaha Katering
sila Hubungi:
1. Syarikat Saza Zulain, 8841465
3
7.
Pengusaha Pelaminan (peralatan Perkahwinan).
Syarikat Saza Zulain 8841465, jika tempahan untok 700 orang, pelaminan dan pekaian pengantin percuma. 
2
8.
9.
Pengusaha pembuatan parang cara tradisi.
2
10.
Pengusaha pembuatan sarung parang
1
11.
Pengusaha mengutip besi buruk
1
12.
Bengkel kerita(painting and Body repair)
1
13.
Pembuat dan pembekal kelupis
2
14.
Nelayan sembilan
6
15.
16.
Pengusaha Pengangkutan Bas
2
17
Kontraktor bangunan
1
18.
Pegawai dan kaki tangan kerajaan
Majoriti
19.
Swasta
Belia-belia
20.
Pengusaha jualan ayam dipasar gadong
2
21.
Pengusaha tanaman jagung dan sayur
2
22.
Buah-buahan warisan tradisi dikirakan melebihi 200 ekar.
Milik penduduk
23.
Tanaman buah-buahan
3
24.
Pembekal kueh
2
25.
Pengusaha pemerosesan ikan cara tradisi liking ikan.
1
26.
Pengusaha tanaman pisang Syarikat Hj. Abdullah melebihi 100 ekar.
1
27.
Pengusaha gerai sayur dan makanan
3
28.
Pengusaha kerepek pisang
1
29.
Pembuat Parang tradisi
2
30.
Projek tanaman padi yang akan diusahakan seluas 50 hektar dikewasan Tapak Padi Bunga Cawan Insya Allah akan dilaksanakan tahun 2013 jika persediaan tapak berjalan lancar.

Thursday, November 1, 2012

PROFAIL KAMPONG LIMAU MANIS & KUALA LURAH MUKIM PENGKALAN BATU


PENGENALAN

Menurut cerita lisan Kampong Limau Manis ujud dikatakan bermula kira-kira 200-250 tahun. Kampong ini mendapat nama dikatakan berasal daripada sepohon pokok Limau Manis yang besar dengan buahnya sangat manis yang tiada bandingan pada zamannya.  Pokok Limau itu tumbuh ditebing sungai (tapak tempat Pengkalan Pengalu) yang kemudiannya dipanggil Pengkalan Limau Manis.  Perkampongan ini dinamakan kemudian sebagai Kampong Limau Manis bersempena dengan Pengkalan ini.   Sungai ini pun dinamakan atas nama Sungai Limau Manis.

Menurut catatan sejarah (1906) kampong Limau Manis dan sekitarnya (kampong-kampong dalam Mukim Pengkalan Batu), dan (kampong-kampong Belading, Tedungan, Sungai Kongkolan, Durian Sulok, Paya Karangan, Sungai Kabat, yang sekarang ini dibawah pentadbiran Limbang Sarawak, Malaysia), merupakan satu dari enam (6) daerah dalam Negara Brunei Darussalam yang dikenali Daerah Limau Manis atau dikenali Daerah Ulu Brunei.

Pada awal 1950an keluasan kawasan kampong Limau Manis adalah lebih daripada apa yang ada sekarang, ianya sebagian daripada kampong Batu Ampar (sehingga satu tempat dikenali sebagai Durian Mahligai), sebagian kampong Wasan (sempadan awal ialah Sungai Tajau), kawasan Jalan Junjungan (Sungai Mengatai, sekarang ini penempatan yang berasal dari kampong Burung Pingai Air (sekarang termasuk dalam Kampong Junjongan).

Pengkalan Limau Manis adalah pusat perniagaan utama (pengalu).  Yang berfungsi sebagai ulu Sungai Brunei dengan perhubungan utama melalui Sungai Limau Manis ke Pusat Bandar.

Kampong Kuala Lurah adalah satu kampong dibawah kampong Limau Manis, yang bersempadan dengan kampong Belading.   Asal kampong Kuala Lurah mendapat nama, mengikut cerita lisan orang terdahulu adalah satu laluan paya antara bukit Belading dan bukit disebelah Kampong Bebuloh. Jalan paya ini adalah laluan para penduduk kampong Tedungan dan sekitarnya termasuk juga penduduk dari kampong Bebuloh menuju ke Pengkalan Limau Manis untok berjual beli dengan para Pengalu dari bandar Brunei, dan juga adalah laluan sosial penduduk Kampong di Ulu Kampong Limau Manis berhubungan dengan penduduk Limau Manis dan seterusnya jalan penghubung ke Bandar Brunei. Oleh kerana jalan ini paya gambut maka terjadilah lurah sehinggakan para penduduk membawa barangan dengan mengunakan kuntol (sejenis pengangkutan tradisi dibuat daripada kayu) yang ditarik oleh kerbau. Kerana kuala ini menjadi lurah akibat perjalanan penduduk menuju ke Kampong Limau Manis maka kuala yang terjadi lurah ini dinamakan dengan Kuala Lurah. Penduduk kampong ini termasuk dalam jumlah penduduk Kampong Limau Manis.
Mengikut catatan sejarah penduduk asal Kampong Limau Manis dan Kuala Lurah terdiri daripada puak Murut dan Bisaya dan kemudiannya puak Kedayan. Pada masakini penduduk kampong ini terdiri dari pelbagai puak, terutama puak Melayu Brunei, Dusun Muslim, Iban Muslim, bangsa cina dan pendatang India dan Cina yang berniaga.

Penemuan penting tapak Arkeologi dikawasan sungai Limau Manis pada bulan Mach tahun 2002 menjadikan penemuan tapak Arkeologi terbesar dan tertua di Negara Brunei Darussalam.  Penemuan tapak Sungai Limau Manis ini merupakan satu kejayaan dan terpenting dalam sejarah arkeologi dinegara ini.

Kampong Limau Manis terletak kira-kira 25 kilometer dari Bandar Seri Begawan termasuk dalam Mukim Pengkalan Batu Daerah Brunei dan Muara, walaupun mengikut cerita orang tua-tua sebelum ini kampong Limau Manis adalah sebuah mukim sehingga sekitar tahun awal 1960an.

Kampong Limau Manis dikelilingi oleh bukit-bukit (bukit Basungan dan Bukit Bandung kawasan Kuala Lurah, Bukit Kota (sempadan Limau Manis dan Batu Ampar) dan Bukit Gadong (kesebelah kampong Ipai Limbang), yang tertinggi bukit Kota dengan ketinggian 133 meter (436 kaki).

Kampong Limau Manis terdiri dari beberapa buah kampong disekitarnya iaitu kampong Kuala Lurah, Jalan Sekolah Limau Manis dan Jalan Junjungan yang dikenali dahulu pada tahun-tahun 1960an sebagai Kampong Pengucauan.

Pos Kawalan Kuala Lurah terletak dihujung Kampong Kuala Lurah yang dahulu dikenali sebagai Kampong Belading.   Kampong Belading pada masakini dibawah pentadbiran Limbang walaupun pada awal tahun 1970an dibawah pentadbiran Negara Brunei Darussalam.

 


 
Pemandangan kampong Limau Manis dan Kuala Lurah dari puncak Bukit Kota.