Wednesday, November 7, 2012

Jadual semasa

Hari ini 08. 11. 2012 Penghakiman AKC bagi Majlis Perundingan Kampong Limau Manis.
kami akan membuat presentation secara video collection  dan gambar-gambar (aktibiti kampong).
2 unit Video Documentary yang dibuat oleh RTB dan Video-Video yang kami rakam sendiri sepanjang aktibiti yang dijalankan.

1.53 pm penghakiman Majlis Perundingan Kampong Limau Manis bagi Anugerah Kampong Cemerlang bermula. Alhamdulillah 11 orang AJK MPK Limau Manis dan 16 orang penduduk kampong hadir, turut hadir 2 orang wakil Belia (Belia yang dibentuk untok penternakkan kambing).

01-12-2012 (Sabtu) kursus Teknologi Tanaman Padi bagi Peserta Projek Tanaman Padi Majlis Perundingan kampong Limau Manis Tapak Bunga Cawan. Peserta Kursus seramai 22 orang. Kursus akan dikendalikan oleh Jabatan Pertanian dan Agri Makanan.

Penyampai kursus akan dibuat oleh Tuan Hj Yakub Bin Hj Othman Ketua Ladang Projek Tanaman Padi Mukim Pengkalan Batu. Sesi kursus akan bermula jam 8.30 pagi.

08-12-2012, (Sabtu) kursus Teknologi Tanaman Padi bagi Peserta Projek Tanaman Padi Majlis Perundingan kampong Limau Manis Tapak Bunga Cawan. Peserta Kursus seramai 22 orang. Kursus akan dikendalikan oleh Jabatan Pertanian dan Agri Makanan.

Penyampai kursus akan dibuat oleh Tuan Hj Yakub Bin Hj Othman Ketua Ladang Projek Tanaman Padi Mukim Pengkalan Batu dan 2 orang Pegawai Pertanian. Sesi kursus akan bermula jam 8.30 pagi.

08-12-2012, (Sabtu malam Ahad), Malam persembahan Mukim Pengkalan Batu sempena Pesta Buah-Buahan dan 1 kKmpong 1 Produk Senegara Anjuran Jabatan Daerah Brunei dan Muara bersama Majlis Perundingan Mukim dan kampong Daerah Brunei dan Muara. 

Terkini esuk 15-12-2012 Sabtu jam 8.15 pagi kursus peserta Ladang Padi Bunga Cawan diteruskan bagi minggu ke 3. Semua peserta ladang dipohonkan akan dapat hadir pada tempat dan waktu seperti biasa yang telah ditetapkan.