Friday, November 9, 2012

TIPS

1.  Petua kepada ibu-ibu mengandung, banyakkan meminum air kelapa muda supaya anak apabila lahir mempunyai kulit yang agak putih, mulai kandungan 6 bulan ke atas, sila mencuba.

2.  Petua orang tua-tua Brunei ambil Akar Arat Nawali (ada yang menyebut Ratnawali) dirujuk kepada orang tua-tua Arat Nawali adalah lebih tepat kerana perkataan Arat itu ialah Tali Pinggang dan mungkin Nawali adalah seseorang yang telah menemukan kegunaan akar tersebut. Sukatlah akar tersebut mengikut panjang lilitan pinggang kita, kemudian dikerat sedikit-sedikit 2-3 kali seminggu untok direndam didalam air selama 1 jam dan kemudian di minum (2-3 kali seminggu), amalkan sehingga akar Arat Nawali yang panjang selilitan pinggang kita itu habis. Insya Allah pinggang kita akan kuat dan tubuh sihat inda berpenyakitan. Akar ini banyak dan mudah didapati dikawasan bukit, di Limau Manis dan Kuala Lurah banyak terdapat di Bukit Basungan (k. Lurah) dan Bukit Bandung (L. Manis). Rasa air akar ini sangat pahit. Selamat mencuba.

3.  Petua orang tua-tua Brunei - ambil Pucuk Daun Kulimpapa dijadikan ulam sebagai ubat lelah (bahasa Brunei Lalah) bagi mereka yang banyak membuat kerja berat.

4.  Daun Latup-latupan ubat bagi pengidap banyak darah putih, caranya makan buahnya amalkan sekurangnya 7 biji sehari, daunnya dijadikan air masak sekitar 10 grem (masukan air 3 gelas direbus jadikan 1 gelas diminum 2 kali seminggu), selamat mencuba.

Buah Sungsum sejenis buah hutan, pohonnya sepeti Pohon Salak tetapi berbeza daunnya (daun sungsum lebih panjang dan dahan daunnya dibuat Joran untok pancing.)